Friday 13 February 2015

WANITA & TAKAFUL

 

05hb Februari 2015
 
Apabila diajukan soalan kepada wanita muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan “kenapa tidak memiliki perlindungan takaful”... jawapan yang dilontarkan…”errmm saya rasa...saya tidak memerlukannya…” jawapan yang ringkas dan ikhlas sebenarnya. Tetapi tahukan kamu wahai golongan WANITA bahawa wanita dan takaful saling berkaitan dan memerlukan….
Fakta berkaitan dengan wanita..
  1. Wanita secara kebiasaanya hidup 5-10 tahun lebih lama berbanding lelaki.
  2. Golongan wanita cenderung mendapat penyakit berbanding lelaki selepas berumur 40-an.
  3. Mereka lebih cenderung menjadi mangsa kepada gejala social seperti rogol, ragut, bunuh, rompakan dll.
Statistik berkaitan dengan wanita juga menunjukkan:
  1. Ketika usia tua, 1/3 wanita hidup berseorangan sama ada wanita tersebut bujang/balu @ janda.
  2. Lebih 80% penghuni di rumah jagaan warga emas terdiri daripada golongan wanita yang tidak mampu menyara kehidupan sendiri disebabkan tiada simpanan persaraan atau pencen.
  3. 1 daripada 19 wanita di Malaysia menghidapi penyakit barah payu dara yang mana lebih 45% pesakit akan meninggal dunia setelah beberapa tahun mengidapinya.
  4. Setiap hari lebih 95 kes baru penyakit barah dilaporkan di Malaysia dimana barah payu dara dan barah pangkal rahim mencatatkan peratusan yang paling tinggi
 


Thursday 29 January 2015

KENAPA SAYA MEMERLUKAN PELAN TAKAFUL (Islamic Insurance)

29hb Januari 2015

Jika seseorang akan menderita dari segi kewangan apabila anda mati, kemungkinan anda perlu mempertimbangkan keperluan takaful. Takaful hayat memberi wang tunai kepada keluarga anda selepas kematian anda. Tunai ini (dikenali sebagai faedah kematian) menggantikan pendapatan anda dan dapat membantu keluarga anda memenuhi keperluan kewangan yang lain seperti kos pengebumian, perbelanjaan harian dan pembiayaan pendidikan anak-anak untuk masa hadapan waris yang ditinggalkan. Untuk mengetahui jika anda memerlukan insurans hayat atau tidak, anda perlu berfikir apa akan berlaku jika...... anda mati hari ini bagaimana orang yang anda sayang akan tanggung kos kewangan?..

Adakah mereka mempunyai wang yang cukup untuk membayar perbelanjaan akhir anda (contohnya, kos pengebumian, bil-bil, cukai, hutang, yuran peguam perubatan, dan lain-lain)?... Adakah mereka dapat memenuhi perbelanjaan hidup berterusan seperti sewa rumah atau gadai janji, makanan, pakaian, kos pengangkutan, penjagaan kesihatan, dan lain-lain?... Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?... Tanpa sumbangan anda kepada isi rumah, adakah pasangan anda dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak atau bersara dengan selesa?

Sebenarnya bagi meneruskan kehidupan selepas kehilangan orang yang anda cintai adalah sukar ditambah lagi dengan keadaan emosi yang tidak stabil serta disaratkan lagi dengan bebanan masalah kewangan. Melalui takaful hayat ianya membantu memastikan bahawa nasib orang yang anda sayang terbela dengan manfaat kewangan melalui takaful, walaupun anda tidak berada di sana untuk menjaga mereka sendiri.

Untuk membantu anda memahami bagaimana takaful hayat berguna di dalam perancangan kewangan keluarga anda saya telah menggariskan beberapa senario yang berbeza di bawah. Jadi, sama ada anda masih muda atau tua, yang sudah berkahwin atau ibu/bapa tunggal, mempunyai anak atau tidak, sila ambil masa untuk mempertimbangkan bagaimana takaful hayat mungkin membantu anda untuk menghadapi masa-masa hadapan yang belum pasti.

Senario 1: Sudah berkahwin dan bekerluarga
Apabila anda berkahwin, anda akan berkongsi segala-galanya dengan pasangan anda, termasuk tanggungjawab kewangan keluarga. Kebanyakan keluarga pada hari ini bergantung kepada dua sumber pendapatan (suami & isteri) untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Jika salah seorang pasangan meninggal dunia, adakah keluarga anda dapat mengekalkan taraf hidup mereka dengan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata?... Jawapannya adalah TIDAK… anda masih perlu membayar hutang seperti baki kad kredit dan pinjaman kereta, apatah lagi menampung sewa dan bil utiliti bulanan… ini akan mencetuskan masalah kewangan.

Melalui takaful hayat… syarikat penyedia takaful akan membayar sejumlah wang yang telah dijanjikan berserta manfaat-manfat yang lain kepada waris simati. Wang inilah yang akan digunakan oleh keluarga si mati bagi menyelesaikan semua masalah kewangan yang dihadapi setelah pemergian anda. Takaful hayat akan memastikan bahawa perancangan masa depan keluarga anda tidak terjejas.

Senario 2: Anda ibu bapa tunggal.
Sebagai seorang ibu atau bapa tunggal, anda bertindak sebagai penjaga, pencari nafkah, tukang masak, pemandu, dan banyak lagi. Namun hampir empat dalam sepuluh ibu/bapa tunggal tidak mempunyai apa jua takaful hayat, dan banyak laporan yang menyatakan mereka memerlukan kewangan lebih banyak dari apa yang mereka perlukan. Dengan tanggungjawab sebegitu banyak yang berada dibahu anda……. anda perlu mendapat kepastian bahawa anda mempunyai takaful hayat yang mencukupi untuk melindungi masa depan kewangan anak-anak anda.

Senario 3: Tinggal bersama keluarga
Hanya kerana anda masih belum bekerja ini tidak bermakna anda tidak perlu membuat sumbangan kewangan kepada keluarga anda. Penjagaan kanak-kanak, pengangkutan, pembersihan, memasak dan aktiviti rumah yang lain adalah semua tugas-tugas penting, Inilah nilai penggantian yang sering dipandang ringan. Bancian telah menganggarkan nilai perkhidmatan ini lebih RM 40,000 setahun. Bolehkah pasangan anda mampu untuk membayar seseorang untuk perkhidmatan ini? Dengan insurans hayat, keluarga anda mampu untuk membuat pilihan yang terbaik mengekalkan kualiti hidup mereka.

Senario 4: Anak-anak telah meningkat dewasa
Tempoh pembesaran anak-anak adalah merupakan peringkat yang paling kritikal di dalam sesebuah keluarga. Apabila anak-anak telah meningkat dewasa anda mungkin merasa keperluan terhadap perlindungan takaful tidak lagi diperlukan disebabkan keperluan pendidikan anak-anak telah dipenuhi atau hutang pinjaman perumahan anda telah dilangsaikan. Ini tidak bermakna bahawa keselamatan sosial dan simpanan anda mencukupi bagi perlindungan pada masa hadapan. Jika anda meninggal dunia hari ini, pasangan anda masih lagi berhadapan dengan perbelanjaan sara hidup harian. Bagaimana jika pasangan anda hidup lebih lama dari anda sebanyak 10, atau 30 tahun. Adakah pelan kewangan anda, tanpa takaful hayat  membolehkan pasangan anda untuk mengekalkan gaya hidup sebelum ini yang anda kecapi  dengan bekerja keras?....dan andakah  anda mampu meninggalkan sesuatu kepada anak-anak anda atau cucu-cucu anda kelak?....

Senario 5: Anda seorang pemilik perniagaan kecil
Selain menjaga keluarga anda, takaful hayat juga boleh melindungi perniagaan anda. Apa yang akan berlaku kepada perniagaan anda jika anda atau salah satu daripada pemilik atau mungkin seorang pekerja utama mati esok?..... Takaful hayat boleh membantu dalam beberapa cara. Sebagai contoh, polisi takaful hayat boleh distruktur untuk membiayai perjanjian "beli-jual". Ini akan memastikan bahawa pemilik perniagaan masih mempunyai dana untuk membeli kepentingan syarikat daripada pemilik yang telah meninggal dunia. Dengan cara itu, pemilik boleh mendapatkan perniagaan semula dan keluarga  mendapat wang. Untuk melindungi perniagaan dalam kes kematian seorang pekerja utama, "insurans orang utama," yang perlu dibayar kepada syarikat oleh pengendali takaful menyediakan pemilik dengan fleksibiliti kewangan yang diperlukan sama ada untuk mencari pengganti baru atau membuat perancangan lain.

Senario 6: Anda belum berkahwin
Kebanyakan mereka yang belum berkahwin beranggapan mereka tidak memerlukan takaful hayat kerana tidak ada kebergangtungan kepada mereka dari segi kewangan. Tetapi terdapat pengecualian…. sebagai contoh, sesetengah mereka yang belum berkahwin menyediakan sokongan kewangan bagi ibu bapa yang telah tua atau adik-beradik atau tidak mahu membebani waris dengan hutang yang ditinggalkan. Selain itu, kelayakan untuk diinsuranskan adalah satu lagi sebab untuk dipertimbangkan mengambil pelan takaful hayat ketika anda masih single. Jika anda masih muda, sihat dan mempunyai sejarah kesihatan keluarga yang baik, anda boleh diinsuranskan dan anda akan diberi ganjaran dengan kadar terbaik dari takaful hayat. Dengan berbuat demikian boleh menghilangkan kebimbangan anda untuk memiliki takaful bagi perlindungan ketika anda tua dan mungkin kesihatan anda sihat seperti dahulu.

Monday 24 November 2014

DIANTARA EGO & KEPERLUAN


Hari ini aku nak kongsikan satu cerita semasa sesi perkongsian idea yang diadakan di Menara Great Eastern Jalan Ampang… aku tertarik dengan satu cerita yang disampaikan oleh bro. Sam. Cerita diantara seekor lembu dan seorang manusia. Kalau didengar sekali imbas… tajuknya agak keras… tapi jika kita pejam mata dan buka minda kita semua boleh dapat manfaat dari cerita tersebut.

 Cerita yang telah ditambah baik…hahaha..cerita begini….

“…. ada seekor lembu yang bewarna putih coklat… sihat bentuk fizikalnya sedang meragut rumput ditepi jalan. Dalam masa yang sama ada seorang manusia yang juga sihat tubuh fizikalnya tengah bercakap menerusi telefon i-phone 6 plusnya..Tiba-tiba dengan tidak semena-mena ada sebuah lori yang membawa muatan ikan terbabas lalu melanggar lembu dan manusia tersebut.. banggggg…maka ramailah manusia lain yang memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian tersebut…lalu menyebabkan trafik lalu lintas menjadi sesak (lumrah rakyat Malaysia hihiii)..Lembu tadi sebelum mati sempat disembelih oleh tuanya dan dagingnya dijual dipasar manakala manusia tadi diuruskan untuk dikebumikan…..”

Agaknya apa moral cerita ni????...moral dari cerita tersebut.. bila berlaku sesuatu bencana seperti di atas apakah nilai manusia tadi ????.. kalau lembu tadi dagingnya boleh dijual di pasar dapat jugak RM30 sekilo… tapi manusia tadi nilainya KOSONG/ZERO dan ditambah bebanan kenduri pula…. Disini jika manusia tadi memiliki perlindungan… nilai RM perlindungan tadi boleh ditinggalkan kepada waris/keluarga untuk meneruskan kehidupan.

 Tidak mengambil kira manusia tadi merupakan sumber kewangan keluarga, sudah semestinya sumber kewangan keluarga terputus… kehidupan waris mesti diteruskan.. yang mati tetap mati. Secara tidak langsung si mati telah meninggalkan kesusahan kepada mereka yang kita sayang…. Sepatutnya kesenangan yang ditinggalkan bukan kesusahan. Saat dan ketika ini duit dari Takaful yang dicarum memberi SEJUTA PENGHARAPAN untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran orang yang tersayang. Sikap ego manusia selalu menafikan situasi sebegini…”aku sihat jer…. Tak de apa-apa lah kalau aku jaga keselamatan… tetapi dia lupa kehidupan ini penuh dengan KETIDAKPASTIAN.. akhir kata saya tinggalkan frasa ini yang dibawa balik dari Meldives

…. LIVE FOR NOTHING… DIE WITH SOMETHING…..

Sunday 23 November 2014

GREAT EASTERN TAKAFUL & DIRI AKU…


Memang tak pernah sesekali terlintas di kotak pemikiran ku untuk menceburi diri di dalam bidang perkhidmatan insurans… kini sedar tak sedar aku telah bergelar sebagai seorang agen Great Eastern Takaful bila disahkan lulus ujian Takaful Basic Examination (TBE)…. sebenarnya bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang agen insurans yang mewakili syarikat insurans… paham paham jer lah menduduki peperiksaan bukan sesuatu perkara yang digemari…

Untuk pengetahuan pembaca, ujian TBE yang diadakan dikawal selia oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). IBFM lah yang bertanggung jawab mengubal soalan peperiksaan. Setelah mendaftarkan diri dan membayar yuran peperiksaan sebanyak RM100… Maka bermulalah aktiviti mentelaah e-book yang disediakan sebagai rujukan …

Memandangkan Takaful Insurans adalah berlandaskan Islam…. maka anda perlu faham istilah-istilah Islamik yang diguna pakai. Bagi agen Great Eastern Takaful terdapat pilihan bagi tempat mengambil peperiksaan iaitu di Menara Great Eastern di tingkat 6 yang terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Peserta dikehendaki menjawab sebanyak 100 soalan selama 2 jam.

Ujian dijalankan secara “online” berkomputer. Keputusan boleh diketahui sejurus selepas soalan dihantar. Untuk aku hanya menjawab soalan dari jenis A dan C sahaja. Soalan jenis A ialah berkaitan Basic Takaful, Medical and Health Takaful dan jenic C pula Family Takaful, Investment Linked Takaful. Markah lulus bagi ujian ini adalah 55 markah. Kedengaran seperti mudah… tetapi terdapat juga mereka yang tidak lulus bila ujian dijalankan… Alhamdullilah aku lulus dengan pangkat B. InsyaAllah anda semua boleh berjaya yang penting banyakkan buat latihan dan berdoa.. itu jangan lupa.