Thursday 29 January 2015

KENAPA SAYA MEMERLUKAN PELAN TAKAFUL (Islamic Insurance)

29hb Januari 2015

Jika seseorang akan menderita dari segi kewangan apabila anda mati, kemungkinan anda perlu mempertimbangkan keperluan takaful. Takaful hayat memberi wang tunai kepada keluarga anda selepas kematian anda. Tunai ini (dikenali sebagai faedah kematian) menggantikan pendapatan anda dan dapat membantu keluarga anda memenuhi keperluan kewangan yang lain seperti kos pengebumian, perbelanjaan harian dan pembiayaan pendidikan anak-anak untuk masa hadapan waris yang ditinggalkan. Untuk mengetahui jika anda memerlukan insurans hayat atau tidak, anda perlu berfikir apa akan berlaku jika...... anda mati hari ini bagaimana orang yang anda sayang akan tanggung kos kewangan?..

Adakah mereka mempunyai wang yang cukup untuk membayar perbelanjaan akhir anda (contohnya, kos pengebumian, bil-bil, cukai, hutang, yuran peguam perubatan, dan lain-lain)?... Adakah mereka dapat memenuhi perbelanjaan hidup berterusan seperti sewa rumah atau gadai janji, makanan, pakaian, kos pengangkutan, penjagaan kesihatan, dan lain-lain?... Bagaimana pula dengan matlamat kewangan jangka panjang?... Tanpa sumbangan anda kepada isi rumah, adakah pasangan anda dapat menjimatkan wang perbelanjaan harian bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak atau bersara dengan selesa?

Sebenarnya bagi meneruskan kehidupan selepas kehilangan orang yang anda cintai adalah sukar ditambah lagi dengan keadaan emosi yang tidak stabil serta disaratkan lagi dengan bebanan masalah kewangan. Melalui takaful hayat ianya membantu memastikan bahawa nasib orang yang anda sayang terbela dengan manfaat kewangan melalui takaful, walaupun anda tidak berada di sana untuk menjaga mereka sendiri.

Untuk membantu anda memahami bagaimana takaful hayat berguna di dalam perancangan kewangan keluarga anda saya telah menggariskan beberapa senario yang berbeza di bawah. Jadi, sama ada anda masih muda atau tua, yang sudah berkahwin atau ibu/bapa tunggal, mempunyai anak atau tidak, sila ambil masa untuk mempertimbangkan bagaimana takaful hayat mungkin membantu anda untuk menghadapi masa-masa hadapan yang belum pasti.

Senario 1: Sudah berkahwin dan bekerluarga
Apabila anda berkahwin, anda akan berkongsi segala-galanya dengan pasangan anda, termasuk tanggungjawab kewangan keluarga. Kebanyakan keluarga pada hari ini bergantung kepada dua sumber pendapatan (suami & isteri) untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. Jika salah seorang pasangan meninggal dunia, adakah keluarga anda dapat mengekalkan taraf hidup mereka dengan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata?... Jawapannya adalah TIDAK… anda masih perlu membayar hutang seperti baki kad kredit dan pinjaman kereta, apatah lagi menampung sewa dan bil utiliti bulanan… ini akan mencetuskan masalah kewangan.

Melalui takaful hayat… syarikat penyedia takaful akan membayar sejumlah wang yang telah dijanjikan berserta manfaat-manfat yang lain kepada waris simati. Wang inilah yang akan digunakan oleh keluarga si mati bagi menyelesaikan semua masalah kewangan yang dihadapi setelah pemergian anda. Takaful hayat akan memastikan bahawa perancangan masa depan keluarga anda tidak terjejas.

Senario 2: Anda ibu bapa tunggal.
Sebagai seorang ibu atau bapa tunggal, anda bertindak sebagai penjaga, pencari nafkah, tukang masak, pemandu, dan banyak lagi. Namun hampir empat dalam sepuluh ibu/bapa tunggal tidak mempunyai apa jua takaful hayat, dan banyak laporan yang menyatakan mereka memerlukan kewangan lebih banyak dari apa yang mereka perlukan. Dengan tanggungjawab sebegitu banyak yang berada dibahu anda……. anda perlu mendapat kepastian bahawa anda mempunyai takaful hayat yang mencukupi untuk melindungi masa depan kewangan anak-anak anda.

Senario 3: Tinggal bersama keluarga
Hanya kerana anda masih belum bekerja ini tidak bermakna anda tidak perlu membuat sumbangan kewangan kepada keluarga anda. Penjagaan kanak-kanak, pengangkutan, pembersihan, memasak dan aktiviti rumah yang lain adalah semua tugas-tugas penting, Inilah nilai penggantian yang sering dipandang ringan. Bancian telah menganggarkan nilai perkhidmatan ini lebih RM 40,000 setahun. Bolehkah pasangan anda mampu untuk membayar seseorang untuk perkhidmatan ini? Dengan insurans hayat, keluarga anda mampu untuk membuat pilihan yang terbaik mengekalkan kualiti hidup mereka.

Senario 4: Anak-anak telah meningkat dewasa
Tempoh pembesaran anak-anak adalah merupakan peringkat yang paling kritikal di dalam sesebuah keluarga. Apabila anak-anak telah meningkat dewasa anda mungkin merasa keperluan terhadap perlindungan takaful tidak lagi diperlukan disebabkan keperluan pendidikan anak-anak telah dipenuhi atau hutang pinjaman perumahan anda telah dilangsaikan. Ini tidak bermakna bahawa keselamatan sosial dan simpanan anda mencukupi bagi perlindungan pada masa hadapan. Jika anda meninggal dunia hari ini, pasangan anda masih lagi berhadapan dengan perbelanjaan sara hidup harian. Bagaimana jika pasangan anda hidup lebih lama dari anda sebanyak 10, atau 30 tahun. Adakah pelan kewangan anda, tanpa takaful hayat  membolehkan pasangan anda untuk mengekalkan gaya hidup sebelum ini yang anda kecapi  dengan bekerja keras?....dan andakah  anda mampu meninggalkan sesuatu kepada anak-anak anda atau cucu-cucu anda kelak?....

Senario 5: Anda seorang pemilik perniagaan kecil
Selain menjaga keluarga anda, takaful hayat juga boleh melindungi perniagaan anda. Apa yang akan berlaku kepada perniagaan anda jika anda atau salah satu daripada pemilik atau mungkin seorang pekerja utama mati esok?..... Takaful hayat boleh membantu dalam beberapa cara. Sebagai contoh, polisi takaful hayat boleh distruktur untuk membiayai perjanjian "beli-jual". Ini akan memastikan bahawa pemilik perniagaan masih mempunyai dana untuk membeli kepentingan syarikat daripada pemilik yang telah meninggal dunia. Dengan cara itu, pemilik boleh mendapatkan perniagaan semula dan keluarga  mendapat wang. Untuk melindungi perniagaan dalam kes kematian seorang pekerja utama, "insurans orang utama," yang perlu dibayar kepada syarikat oleh pengendali takaful menyediakan pemilik dengan fleksibiliti kewangan yang diperlukan sama ada untuk mencari pengganti baru atau membuat perancangan lain.

Senario 6: Anda belum berkahwin
Kebanyakan mereka yang belum berkahwin beranggapan mereka tidak memerlukan takaful hayat kerana tidak ada kebergangtungan kepada mereka dari segi kewangan. Tetapi terdapat pengecualian…. sebagai contoh, sesetengah mereka yang belum berkahwin menyediakan sokongan kewangan bagi ibu bapa yang telah tua atau adik-beradik atau tidak mahu membebani waris dengan hutang yang ditinggalkan. Selain itu, kelayakan untuk diinsuranskan adalah satu lagi sebab untuk dipertimbangkan mengambil pelan takaful hayat ketika anda masih single. Jika anda masih muda, sihat dan mempunyai sejarah kesihatan keluarga yang baik, anda boleh diinsuranskan dan anda akan diberi ganjaran dengan kadar terbaik dari takaful hayat. Dengan berbuat demikian boleh menghilangkan kebimbangan anda untuk memiliki takaful bagi perlindungan ketika anda tua dan mungkin kesihatan anda sihat seperti dahulu.